Produk

Khamis, 24 Mei 2012

Kencing Manis dan Sakit Jantung

Awasilah penyakit Kencing Manis kerana ianya menjadi penyumbang kepada Serangan Jantung (lebih info di http://www.jagadiri.com ).

Penyakit Kencing Manis ini semakin kerap kedengaran di kalangan penduduk Malaysia, penyakit ini kerap dikaitan juga kepada kaki kudung, kerana ramai pesakit yang tidak ambil kisah menyebabkan kesan luka yang terjadi lambat sembuh dan menyebabkan terdedah kepada jangkitan bakteria seterusnya menyebabkan kaki gagal berfungsi seterusnya di potong.

Ahad, 22 April 2012

Tanda dan Simptoms Diabetes

Berikut adalah tanda-tanda atau simptoms penyakit Diabetes

  1. Kerap membuang air kencing
  2. Dahaga yang yang berlebihan 
  3. Perubahan tahap penglihatan secara tiba-tiba
  4. Keletihan
  5. Penyembuhan penyakit perlahan
  6. Kehilangan berat badan diluar jangka
  7. Berdenyut-denyut atau kebas di tangan dan kaki
Kesan sampingan akibat diabetes

  1. Kegagalan buah pinggang
  2. Serangan jantung dan stroke
  3. Komplilasi mata
  4. Kerosakan saraf
  5. Amputasi anggata badan
  6. Mati pucuk
Oleh itu elakan daripada terkena penyakit kencing manis.

Semoga informasi ini berguna

amran@jagadiri.com 

Selasa, 10 April 2012

Diabetes

Apa itu Diabetes?

Diabetes juga dikenali sebagai penyakit kencing manis. Diabetes terbentuk akibat kegagalan pancreas menghasilkan insulin atau insulin yang dihasilkan tidak efektif.

Insulin beperanan untuk menjaga keseimbangan homeostatis paras gula (blood sugar level) tubuh kita.

Jenis-jenis Diabetes

Type 1 Diabetes
  • kira-kira 5% daripada pesakit Diabetes
  • selalu terjadi kepada pesakit muda di bawah umur 20 tahun
  • dsebabkan oleh ketidakbolehan pancreas untuk menghasilkan kecukupan insulin
  • biasanya dirawat dengan suntikan insulin
Type II Diabetes
  • kira-kira 95% daripada pesakit Diabetes
  • kebiasaanya terjadi kepada pesakit yang berumur 30 tahun ke atas.
  • disebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan insulin yangefektif.
  • biasanya dirawat dengan penjagaan makanan atau pengambilan supllemen
  • sering dikaitkan dengan obesiti dan kurang penjagaan kesihatan seperti kurang bersenam dan merokok.
Paras Gula Darah

Berasakan rujukan American Diabetes Association Guidelines & The Malaysia Clinical Practice Guidelines 2005 paras gula dalam darah terbahagi kepada 2.

Tahap biasa yang dibenarkan kepada bukan pesakit Diabetes
  • Waktu berpuasa         -  4.4 hingga 6.1 mmol/L
  • Waktu biasa               -  4.4 hingga 8.0 mmol/L
Tahan biasa yang dibenarkan kepada pesakit Diabetes
  • Waktu berpuasa        -  5.0 hingga 7.2 mmol/L
  • Waktu bias               -        < 10.0 mmol/L
Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda

Amran Md Said.

Rabu, 17 Februari 2010

Adakah anda percaya?








Sindrom Metabolik

Kadar kematian akibat sindrom metabolik adalah 2.5 kali ganda lebih daripada sebab bukan sindrom metabolik.

Maka, sindrom metabolik adalah penyebab utama penyakit zaman moden.

Mengikut laporan, terdapat 1 orang di antara 4 orang Amerika dan 40% daripada golongan dewasa berumur 40 tahun atau ke atas mengidap sindrom metabolik, kes-kes ini meningkat sebanyak 61% jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu.

Kekurangan nutrien dalam badan dan pengumpulan toksin berlebihan menyebabkan suatu wabak di Amerika Syarikat di mana 65% daripada rakyatnya mengidap penyakit kronik dan 20% daripada remaja menghadapi masalah penuaan pra-matang.